Selamat Kembali Kepada Fitrah Suci
Bersih
Oleh Wartawan Detikdaily
Kematian Detik,
disusuli tragedi malang buat Wasilah, rupanya membawa rahmat tersendiri. Meskipun
ramai teman teman terpaksa mengundur, kerana kesempitan kewangan, namun Penerbitan
Pemuda tidak boleh dibiarkan mati begitu saja.
Dengan semangat yang masih
menyala, kami teruskan juga berjihad melalui pena. Masyarakat pembaca tentu sekali
terus meberi dokongan. Makalah Makalah politik dalam bentuk tabloid menghidangkan
satu persembahan baru, ia lebih mesra- pembaca berbanding majalah. Mungkin ruang
kosong yang disediakan Harakah selepas penerbitannya dikurangkan banyak membantu
kami.
KDN dan menterinya tentu sekali tidak senang dengan perkembangan ini.
Namun kami, setiap pihak ada tugas dan agenda masing masing. Rampasan, tekanan dan
mengheret ke mahkamah adalah lumrah yang perlu ditempuhi. Tetapi, usaha menuntut
kongkongan terhadap media dibebaskan belum pun melepasi era awalan.
Apa
pun, menjelang Aidilfitri serba hening dan kudus ini, kami warga kerja Penerbitan
Pemuda - Ahmad Lutfi Othman, Dinsman, Mohammad Nor Abdul Samad, Yusri Yusof,
Zabidi Morad Dan Rosliza Morad memohon jutaan maaf di atas sebarang kesalahan dan
kesilapan disamping mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri ". Semoga
ramadhan yang dilalui dengan ketekunan beribadah dan pengabdian kepada-Nya dapat
menyuburkan lagi daya yang meneguhkan lagi istiqamah berdepan pelbagai cabaran
"DETIK
DAN Al - WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN
MEDIA"
|